Wednesday, 25 September 2013

KONVOKESYEN KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA KE 17

Salam konvokesyen kepada semua pelajar yang akan menyambut hari konvokesyen pada hari esok, 26 SEPTEMBER 2013. Selamat meninggalkan zaman student yang best, yg apabila minta apa saja pastinya confirm senang nak dapat.. ;-) Selamat menempuh alam kerjaya.. CONGRATULATION!


Terima kasih kerana memilih Baiduri Homestay, Bukit Katil sebagai persinggahan Konvokesyen anda.
Semoga kita berjumpa lagi..

Thursday, 19 September 2013

Pemandangan Melaka dari 360 darjah

Menara Taming Sari - The only Rotating Tower In Malaysia!

Jika sampai ke Melaka, rugi rasanya jika tidak lawati kesemua tempat yang menarik di sekitar Melaka. Entry kali ni adalah mengenai Menara Taming Sari yang terletak di Jalan Merdeka, Banda Hilir, 75000 Melaka.

Tiket berharga RM 10 untuk dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak. Jika bukan waktu cuti sekolah, tidaklah terlalu panjang beratur untuk mendapatkan tiket ni.

Pengunjung perlu menunggu giliran masing-masing sebelum naik ke manara ini....


Apabila dah sampai giliran, pengunjung akan masuk ke dalam menara dan akan menikmati pemandangan mengikut aras ketinggian...


Antara pemandangan yang akan dinikmati oleh pengunjung.....ialah pemandangan laut Selat Melaka, 

Pemandangan sekitar Bandar Hilir seperti Bangunan Dataran Pahlawan, Stadthuys, St.Paul peak dan Masjid Selat Melaka.

Stadium Kapal...


Syok kan.......!


Pastikan lokasi ini adalah sebahagian tempat yang akan kunjungi!

Kemaskini Galeri

Imej di bawah adalah gambar-gambar terkini Baiduri Melaka Homestay Bukit Katil.

Klik imej untuk paparan lebih besar

Imej ini juga berada di ruangan Galeri.

Tuesday, 17 September 2013

Ada apa dengan peta?

Apabila anda menerima kad jemputan kenduri kahwin, selain daripada melihat tarikh dan alamat sudah semestinya anda akan melihat peta untuk mengetahui jalan ke lokasi kenduri tersebut. Peta yang mudah difahami dan jelas adalah sangat penting supaya dapat sampai ke destinasi yang dituju.

Begitu juga kami, peta adalah sangat penting untuk pelanggan yang ingin datang ke homestay kami. Selain daripada peta Google disini, kami juga menyediakan peta yang lebih mudah untuk rujukan pelanggan. Peta tersebut adalah seperti di bawah. Ia juga ada di laman Peta & Arah Jalan.

Peta ke Baiduri Homestay Bukit Katil, Melaka
(klik imej untuk paparan lebih besar)

Jika ada kenduri kahwin sanak saudara / rakan taulan di Melaka, homestay kami menunggu kedatangan anda.

Thursday, 12 September 2013

Kalendar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mulai hari ini blog ini telah meletakkan kalendar untuk memudahkan para pelanggan merujuk status bilik pada tarikh yang ingin dipilih. Kalendar boleh dirujuk pada sebelah kanan blog (sidebar) atau untuk kalendar yang lebih besar pada laman TEMPAHAN.

Kalendar ini memaparkan 2 acara iaitu status bilik bagi homestay kami (warna MERAH) dan juga acara bagi negara kita Malaysia (warna BIRU) supaya mudah untuk pelanggan merancang tarikh yang ingin dipilih.

Semoga para pelanggan kami lebih mudah untuk merancang percutian dengan penggunaan kalendar ini dan kami menanti kedatangan anda.

Rancang perjalanan dengan teliti :)

Monday, 9 September 2013

Penat berjalan sehingga lenguh kaki?

Alangkah seronoknya bila dapat mengurut kaki yang lenguh akibat seharian berjalan-jalan sekitar Melaka. Pasti perasaan ketika kaki diurut sangat menyegarkan tambahan pula jika mempunyai mesin urut yang boleh digunakan dalam keadaan selesa dan tenang umpama di rumah sendiri.
 
Jangan gusar, homestay kami mempunyai kemudahan seperti yang disebut di atas. Kami mempunyai OSIM uSqueez Warm, mesin pengurut kaki yang berkualiti dan mudah digunakan.

Mesin pengurut kaki OSIM uSqueez Warm. Sedia mengurut kaki yang keletihan.

Hanya hidupkan mesin ini, tekan opsyen mengikut kesesuaian dan nikmatinya dalam keadaan selesa.



------

* Penggunaan mesin ini adalah hanya kepada pelanggan yang tidak mempunyai masalah kesihatan,contoh: kaki yang tidak patah, tidak lebam, tidak retak atau tidak mempunyai masalah tulang (osteoporosis) kerana penggunaan mesin ini adalah atas tanggungjawab sendiri.

Sunday, 8 September 2013

Menziarahi keluarga/saudara/sahabat di Hospital Pantai Ayer Keroh...

...dan perlu berulang-alik dalam jarak yang jauh?

Dengan harga yang berpatutan dan jarak yang dekat dengan Hospital Pantai Ayer Keroh, Baiduri Melaka Homestay Bukit Katil adalah pilihan yang tepat untuk berehat.


PROMOSI SEMPENA HARI MALAYSIA
Sempena 16 September yang bakal hadir dan pelancaran homestay, kami menawarkan pakej 3 hari 2 malam hanya dengan bayaran RM200 sahaja. Pakej ini berakhir pada 30 September 2013.
Sebarang tempahan boleh dibuat secara terus melalui Call / SMS / Whatsapp ke:
     013 - 397 1830 (Aizal - utama)
     013 - 350 1830 (Liza)

Semoga kehadiran anda akan memberikan semangat kepada keluarga/saudara/sahabat yang diziarahi.

Kami menanti kedatangan anda ke homestay kami.

---

Peta ke Hospital Ayer Keroh dari BMH, Bukit Katil



Hospital Pantai Ayer Keroh

Friday, 6 September 2013

Luangkan Hari Minggu Bersama Keluarga di Melaka...

...dan menginap di Baiduri Melaka Homestay , Bukit Katil, Ayer Keroh.
 
Umum sedia maklum terdapat pelbagai kawasan pelancongan menarik di Melaka terutamanya di Ayer Keroh, contohnya Taman Rama-Rama, Taman Buaya, Zoo Melaka dan pelbagai lagi yang amat sesuai untuk kanak-kanak. BMH yang terletak di Bukit Katil tidak berada berjauhan dari kawasan tersebut dan menyediakan ruang rehat yang selesa setelah selesai makan angin bersama keluarga.
 
PROMOSI SEMPENA HARI MALAYSIA
 
Sempena 16 September yang bakal hadir dan pelancaran homestay, kami menawarkan pakej 3 hari 2 malam hanya dengan bayaran RM200 sahaja. Pakej ini berakhir pada 30 September 2013.
 
Sebarang tempahan boleh dibuat secara terus melalui Call / SMS / Whatsapp ke:
 
     013 - 397 1830 (Aizal - utama)
     013 - 350 1830 (Liza)
 
Kami menanti kedatangan anda ke homestay kami.
 
Zoo Melaka
 

Thursday, 5 September 2013

Tempahan

Salam sejahtera kepada semua pelanggan. Baiduri Melaka Homestay (BMH) telah diiklankan di laman iBilik.my dan boleh membuat tempahan melalui laman tersebut.

Pautan kepada laman tempahan di iBilik klik DISINI. Butang Tempahan / Booking berada dibahagian bawah laman tersebut.

Kami juga menerima tempahan terus melalui Call / SMS / Whatsapp ke nombor:
  1. 013 - 397 1830 (Aizal - utama)
  2. 013 - 350 1830 (Liza)
Iklan kami juga boleh dijumpai di Mudah.my

Kami menanti kehadiran anda.

---


Iklan BMH di Mudah

Ruang Tamu BMH

Mula Operasi dan Promosi

Baiduri Melaka Homestay kini mula beroperasi dan sedia untuk menerima tempahan. Pihak kami mengalu-alukan kedatangan anda semua ke homestay kami di Bukit Katil, Ayer Keroh, Melaka.


PROMOSI

Untuk pelancaran homestay terbaru kami, harga promosi akan ditawarkan sehingga 31 Disember 2013.

Isnin hingga Khamis: RM 115 / malam

Jumaat hingga Ahad: RM 135 / malam

Kemudahan yang disediakan:

- 3 bilik tidur / 2 bilik air:
   - Master Bedroom - Katil Queen / Kipas
   - Bilik 2 - Katil Single / Kipas
   - Bilik 3 - Katil Queen / Kipas
- Bilik air ke - 2 dilengkapi water heater
- Kemudahan memasak hanya rice cooker dan electric kettle
- Seterika
- Sejadah dan telekung
- Televisyen & sofa di ruang tamu
- Wifi
- Mesin pengurut kaki OSIM
- Meja makan
- Peti sejuk
- Parkir untuk 2 kereta / luar pagar 2 kereta

Antara bilik yang disediakan