Thursday 20 November 2014

Cuti Sekolah dan tarikh kekosongan November & Disember 2014

Cuti sekolah bakal bermula minggu ini. Pihak kami juga telah menerima beberapa tempahan awal yang ingin menetap di homestay sama ada untuk makan angin atau urusan keluarga (berkahwin, kenduri dll).

Untuk makluman pelanggan, bagi bulan November masih ada lagi kekosongan pada hari bekerja iaitu 24 hingga 27 dan 28 hingga 29 November. Kekosongan pada Disember pula seperti ialah 1 hingga 4, 7 hingga 25 dan 27 hingga 31 Disember.

Untuk makluman pelanggan, kami juga telah menetapkan waktu untuk daftar masuk ialah jam 2 petang dan daftar keluar pula jam 12 tengahari. Ruang antara jam 12 tgh hingga 2 ptg adalah untuk mengemas homestay sebagai persediaan menerima pelanggan seterusnya.

Berdasarkan pengalaman kami menguruskan homestay, biasa berlaku tempahan saat-saat akhir di mana kami tidak dapat untuk memberi komitmen memberi pelanggan menetap di homestay kerana untuk cuti sekolah banyak tempahan awal telah dibuat. Kami mencadangkan agar anda semua yang ingin ke Melaka membuat persediaan lebih awal dan menghubungi kami di 013-3971830 (Call / SMS / WhatsApp) untuk membuat tempahan agar tidak kelam kabut di kemudian hari.

Kami menunggu kehadiran anda.


p/s: ayat macam penjawat awam buat surat kerajaan rasanya kali ni.