Thursday, 20 November 2014

Cuti Sekolah dan tarikh kekosongan November & Disember 2014

Cuti sekolah bakal bermula minggu ini. Pihak kami juga telah menerima beberapa tempahan awal yang ingin menetap di homestay sama ada untuk makan angin atau urusan keluarga (berkahwin, kenduri dll).

Untuk makluman pelanggan, bagi bulan November masih ada lagi kekosongan pada hari bekerja iaitu 24 hingga 27 dan 28 hingga 29 November. Kekosongan pada Disember pula seperti ialah 1 hingga 4, 7 hingga 25 dan 27 hingga 31 Disember.

Untuk makluman pelanggan, kami juga telah menetapkan waktu untuk daftar masuk ialah jam 2 petang dan daftar keluar pula jam 12 tengahari. Ruang antara jam 12 tgh hingga 2 ptg adalah untuk mengemas homestay sebagai persediaan menerima pelanggan seterusnya.

Berdasarkan pengalaman kami menguruskan homestay, biasa berlaku tempahan saat-saat akhir di mana kami tidak dapat untuk memberi komitmen memberi pelanggan menetap di homestay kerana untuk cuti sekolah banyak tempahan awal telah dibuat. Kami mencadangkan agar anda semua yang ingin ke Melaka membuat persediaan lebih awal dan menghubungi kami di 013-3971830 (Call / SMS / WhatsApp) untuk membuat tempahan agar tidak kelam kabut di kemudian hari.

Kami menunggu kehadiran anda.


p/s: ayat macam penjawat awam buat surat kerajaan rasanya kali ni.

Friday, 5 September 2014

Tempahan Baiduri Homestay September 2014

Salam,

Ade 2 event penting bagi September 2014...
1) cuti sekolah yang akan bermula pada 12 September 2014 sehingga 20 September 2014...

2) convocation ke 10 bg student UTEM Melaka.. pada 26 hingga 29 september 2014

Tempahan sentiasa dibuka.... see u soon!

Tuesday, 10 June 2014

CUTI SEKOLAH MEI 2014-KENDURI KAWEN DEWAN TUN ALI

Salam sejahtera,

Cuti sekolah masuk minggu terakhir sebelum ia berakhir pada 15 Jun 2014....
Masih lagi berbaki beberapa hari... dan semestinye kenduri kawin di hujung minggu menjadikan melaka tempat yg sibuk dengan kunjungan orang ramai.....

Antara dewan kenduri kawen yang menjadi pilihan pengantin di melaka ialah DEWAN TUN ALI, BUKIT KATIL MELAKA....

Hanya selangkah...hanya seminit berhampiran dengan Baiduri Homestay Bukit Katil Melaka...

Kami menanti kehadiran anda!

Saturday, 26 April 2014

LOKASI MENARIK MELAKA # 4 : A FARMOSA RESORT ALOR GAJAH

Salam Bulan April 2014,

Lokasi seterusnya yang tidak kurang hebat di melaka ialah taman tema air A Famosa Resort, Alor Gajah..

Jika Kuala Lumpur terkenal dengan taman tema air sunway lagoon.... Ternyata melaka juga hebat dengan taman tema air a farmosa ini.......

Percutian tentunya menarik dengan persinggahan ke a farmosa resort dan seterusnya ke ayer keroh dan bandar melaka yang mempunyai pelbagai tempat untuk dilawati...



Kami menanti anda di Baiduri Homestay Bukit Katil Melaka...Nikmati penginapan berbaloi di homestay kami..

SEE U NEXT ENTRY..

Sunday, 20 April 2014

Lokasi Menarik Melaka # 3 : Naik Bot Sepanjang Taman Rempah, Sungai Melaka

Menariknye menyusuri sungai melaka sebab bnyk bangunan cantik2 sepanjang naik bot tu...

So tak payah citer panjang...layan gambau mengenai gambaran tempat yang anda akan rasai sepanjang naik bot tersebut.













Kepada mereka yang masih lagi tidak pernah sampai ke melaka, pastikan agenda naik bot menyusuri sungai melaka menjadi salah satu tentatif sepanjang anda berada di sini...

Baiduri Homestay Bukit Katil Melaka menanti kedatangan anda!







Wednesday, 16 April 2014

Lokasi Menarik Melaka # 2: Bayou Lagoon Bukit Katil Melaka

As salam..

Jika Sunway Lagoon terletak di Selangor... maka bayou Lagoon terletak di Bukit Katil Melaka...
Lokasi yang menarik untuk membawa anak-anak bermandi manda. Tiada kesibukan orang ramai dan tentunya anak-anak seronok dan riang bermain disini..

Baiduri Homestay Bukit Katil Melaka hanya terletak tidak kurang daripada 2 minit daripada Bayou Lagoon... Boleh memuatkan 3-4 keluarga dalam satu2 masa dengan harga yang sangat-sangat berpatutan...


Jom ramai-ramai ke Bukit Katil Melaka...

Monday, 14 April 2014

Ada apa dengan Baiduri Homestay Bukit Katil Melaka?

Monday blues..

Hari ni jem teruk di Kuala Lumpur.. jam 7 pagi jem dah panjang dari Serdang ke tol Sungai Besi.. 
Mari melapangkan diri daripada  kesibukan dan masalah catuan air di Kuala Lumpur..

Disenaraikan tempat-tempat yang menjadi keutamaan di sekitar Baiduri Homestay Bukit Katil Melaka.

- Berhampiran dengan Dewan Tun Ali yang pastinya menjadi tempat untuk majlis perkahwinan sanak 
  saudara.
-Jabatan Pengangkutan Jalan Raya- Mungkin ada peserta yang terpilih untuk datang berkursus.
-Sekolah Kebangsaan Demang Hussin, Sekolah Menengah Bukit Katil, Sekolah Vokasional Bukit 
 Katil-Ada yang nak daftar diri untuk bertugas atau hantar anak mendaftar di sini.
-Bayou Lagoon Resort - Pusat mini rekreasi air sesuai untuk anak-anak kecil anda.
-Dewan Seri Negeri Melaka -Antara tempat konvokesyen meraikan kejayaan pelajar kolej di sekitar 
 Negeri Melaka. 
-MITC- pusat pentadbiran negeri dan antara tempat shopping di melaka. 
-Taman Seribu Bunga - Lokasi menarik untuk pakej hari konvokesyen dan perkahwinan anda!

Jom Melaka.. Tahun Melawat Malaysia 2014..

Thursday, 2 January 2014

Bermula hari persekolahan

Murid berhimpun (gambar dari Kosmo! Online)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Bangun awal pagi ini? Anak-anak buat perangai atau tidak? Bagaimana keadaan jalan raya di bandar? Sesak? Persoalan begini mempunyai pelbagai jawapan dan cerita tersendiri. Seperti salah seorang rakan pejabat saya, anak tidak ke sekolah kerana beliau sendiri bangun lambat akibat loceng jam tidak berbunyi. Pelbagai ragam lagi mungkin berlaku. Yang hangat pada hari ini yang saya terima melalui Whatsapp (mungkin anda juga terima) adalah murid yang tersangkut kepala di kerusi. Ada dua gambar yang saya terima seorang murid perempuan dan seorang lagi lelaki.

Kasihan juga melihat murid tersebut terutama yang perempuan kerana menangis. Yang lelaki rileks je. Tenang seperti tiada apa berlaku. Kita doakan supaya tidak menjadi trauma dan masih mahu meneruskan persekolahan pada esok hari.

Begitulah antara ragam anak-anak yang mula masuk persekolahan. Anda pula bagaimana? Kami di Baiduri Homestay mendoakan agar anak-anak anda semua menjadi murid yang baik dan berjaya.

p/s: Saya tidak mahu meletakkan gambar-gambar yang saya terima kerana tidak mahu memalukan murid-murid tersebut.