Thursday, 2 January 2014

Bermula hari persekolahan

Murid berhimpun (gambar dari Kosmo! Online)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Bangun awal pagi ini? Anak-anak buat perangai atau tidak? Bagaimana keadaan jalan raya di bandar? Sesak? Persoalan begini mempunyai pelbagai jawapan dan cerita tersendiri. Seperti salah seorang rakan pejabat saya, anak tidak ke sekolah kerana beliau sendiri bangun lambat akibat loceng jam tidak berbunyi. Pelbagai ragam lagi mungkin berlaku. Yang hangat pada hari ini yang saya terima melalui Whatsapp (mungkin anda juga terima) adalah murid yang tersangkut kepala di kerusi. Ada dua gambar yang saya terima seorang murid perempuan dan seorang lagi lelaki.

Kasihan juga melihat murid tersebut terutama yang perempuan kerana menangis. Yang lelaki rileks je. Tenang seperti tiada apa berlaku. Kita doakan supaya tidak menjadi trauma dan masih mahu meneruskan persekolahan pada esok hari.

Begitulah antara ragam anak-anak yang mula masuk persekolahan. Anda pula bagaimana? Kami di Baiduri Homestay mendoakan agar anak-anak anda semua menjadi murid yang baik dan berjaya.

p/s: Saya tidak mahu meletakkan gambar-gambar yang saya terima kerana tidak mahu memalukan murid-murid tersebut.

No comments:

Post a Comment