Thursday, 2 January 2014

Bermula hari persekolahan

Murid berhimpun (gambar dari Kosmo! Online)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Bangun awal pagi ini? Anak-anak buat perangai atau tidak? Bagaimana keadaan jalan raya di bandar? Sesak? Persoalan begini mempunyai pelbagai jawapan dan cerita tersendiri. Seperti salah seorang rakan pejabat saya, anak tidak ke sekolah kerana beliau sendiri bangun lambat akibat loceng jam tidak berbunyi. Pelbagai ragam lagi mungkin berlaku. Yang hangat pada hari ini yang saya terima melalui Whatsapp (mungkin anda juga terima) adalah murid yang tersangkut kepala di kerusi. Ada dua gambar yang saya terima seorang murid perempuan dan seorang lagi lelaki.

Kasihan juga melihat murid tersebut terutama yang perempuan kerana menangis. Yang lelaki rileks je. Tenang seperti tiada apa berlaku. Kita doakan supaya tidak menjadi trauma dan masih mahu meneruskan persekolahan pada esok hari.

Begitulah antara ragam anak-anak yang mula masuk persekolahan. Anda pula bagaimana? Kami di Baiduri Homestay mendoakan agar anak-anak anda semua menjadi murid yang baik dan berjaya.

p/s: Saya tidak mahu meletakkan gambar-gambar yang saya terima kerana tidak mahu memalukan murid-murid tersebut.

Tuesday, 24 December 2013

GALERI DIKEMASKINI

Para pelanggan yang dihormati, kami kini telah mengemaskini gambar homestay kami. Sila lawati bahagian Galeri untuk melihat gambar terkini kemudahan yang kami sediakan.

Ruang tamu Baiduri Homestay

Monday, 25 November 2013

LOKASI MENARIK MELAKA #1: TAMAN RAMA-RAMA DAN REPTILIA MELAKA

Jika ingin melawat Melaka bersama keluarga, sudah pasti antara tempat tumpuan adalah di Ayer Keroh dan Banda Hilir. Terdapat pelbagai lokasi menarik di kedua-dua tempat tersebut. Entri kali ini kami ingin mulakan dengan lokasi menarik pertama yang anda mula-mula jumpa setelah keluar daripada tol Ayer Keroh iaitu Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka (TRRR).

Terletak paling hampir dengan tol, TRRR adalah lokasi yang anda boleh rancang untuk terus singgah ketika tiba di Melaka atau yang terakhir sebelum meninggalkan Melaka. Taman ini mempunyai pelbagai jenis rama-rama dan reptilia dari ular hinggalah ke buaya.

Lokasi Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka

Harga tiket untuk masuk ke TRRR seperti jadual berikut:

Sumber
Untuk maklumat selanjutnya boleh lawati laman web rasmi TRRR di http://www.butterflyreptile.com

Jangan lupa hubungi kami (di bahagian kanan blog) untuk tempahan homestay yang tidak jauh daripada Ayer Keroh dan TRRR.

Pintu masuk TRRR. Sumber: Dexxy




Monday, 18 November 2013

Cuti Sekolah Bermula

Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Jika jalan di Kuala Lumpur sering sesak, di waktu ini dah mula lengang. Jika Zoo Melaka sunyi di hari Isnin, di waktu ini sudah mula penuh. Jika ibu bapa sering bangun awal untuk hantar anak ke sekolah, di waktu ini boleh sambung tidur sebentar sebelum ke pejabat. Ini semua disebabkan cuti sekolah. Ya, CUTIIIIIIIII!!!!


Imej Upin Ipin adalah hakcipta Les Copaque

Seperti biasa Melaka akan penuh dengan bas berwarna oren yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia untuk berjalan-jalan membawa murid-murid sekolah ke zoo, taman buaya dan sebagainya. Ibu bapa pula membawa anak-anak ke Banda Hilir, muzium-muzium dan Menara Taming Sari untuk memenuhi jadual keluarga.

Sudah pasti satu hari sahaja tidak cukup untuk pergi ke lokasi-lokasi menarik di Melaka. Perlu ada penginapan untuk rehat sementara mengatur strategi untuk melawat ke lokasi lain pula.

Baiduri Homestay adalah pilihan yang tepat untuk seisi keluarga anda menginap di Melaka sempena cuti sekolah dengan kadar harga yang berpatutan, pilihan 3 atau 4 bilik dan juga kemudahan memasak yang disediakan.

Kadar harga dan tempahan ada di bahagian kanan blog ini. Sila hubungi kami dengan segera untuk membuat tempahan :). Kami menunggu kehadiran anda.

Wednesday, 30 October 2013

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM 1435 HIJRAH


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1435 HIJRAH.. Semoga kita dapat meningkatkan amalan kebajikan di tahun baru ini.


Thursday, 17 October 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI KONVOKESYEN UTEM 2013

Kepada para graduan yang bakal menyambut hari konvokesyen pada 26 hingga 27 Oktober 2013, pihak kami mengucapkan selamat berjaya dalam kerjaya pada masa hadapan.

Terima kasih kerana memilih homestay kami sebagai kediaman konvokesyen anda.