Showing posts with label kpj ayer keroh. Show all posts
Showing posts with label kpj ayer keroh. Show all posts

Monday, 14 April 2014

Ada apa dengan Baiduri Homestay Bukit Katil Melaka?

Monday blues..

Hari ni jem teruk di Kuala Lumpur.. jam 7 pagi jem dah panjang dari Serdang ke tol Sungai Besi.. 
Mari melapangkan diri daripada  kesibukan dan masalah catuan air di Kuala Lumpur..

Disenaraikan tempat-tempat yang menjadi keutamaan di sekitar Baiduri Homestay Bukit Katil Melaka.

- Berhampiran dengan Dewan Tun Ali yang pastinya menjadi tempat untuk majlis perkahwinan sanak 
  saudara.
-Jabatan Pengangkutan Jalan Raya- Mungkin ada peserta yang terpilih untuk datang berkursus.
-Sekolah Kebangsaan Demang Hussin, Sekolah Menengah Bukit Katil, Sekolah Vokasional Bukit 
 Katil-Ada yang nak daftar diri untuk bertugas atau hantar anak mendaftar di sini.
-Bayou Lagoon Resort - Pusat mini rekreasi air sesuai untuk anak-anak kecil anda.
-Dewan Seri Negeri Melaka -Antara tempat konvokesyen meraikan kejayaan pelajar kolej di sekitar 
 Negeri Melaka. 
-MITC- pusat pentadbiran negeri dan antara tempat shopping di melaka. 
-Taman Seribu Bunga - Lokasi menarik untuk pakej hari konvokesyen dan perkahwinan anda!

Jom Melaka.. Tahun Melawat Malaysia 2014..

Thursday, 17 October 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI KONVOKESYEN UTEM 2013

Kepada para graduan yang bakal menyambut hari konvokesyen pada 26 hingga 27 Oktober 2013, pihak kami mengucapkan selamat berjaya dalam kerjaya pada masa hadapan.

Terima kasih kerana memilih homestay kami sebagai kediaman konvokesyen anda.


Thursday, 19 September 2013

Pemandangan Melaka dari 360 darjah

Menara Taming Sari - The only Rotating Tower In Malaysia!

Jika sampai ke Melaka, rugi rasanya jika tidak lawati kesemua tempat yang menarik di sekitar Melaka. Entry kali ni adalah mengenai Menara Taming Sari yang terletak di Jalan Merdeka, Banda Hilir, 75000 Melaka.

Tiket berharga RM 10 untuk dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak. Jika bukan waktu cuti sekolah, tidaklah terlalu panjang beratur untuk mendapatkan tiket ni.

Pengunjung perlu menunggu giliran masing-masing sebelum naik ke manara ini....


Apabila dah sampai giliran, pengunjung akan masuk ke dalam menara dan akan menikmati pemandangan mengikut aras ketinggian...


Antara pemandangan yang akan dinikmati oleh pengunjung.....ialah pemandangan laut Selat Melaka, 

Pemandangan sekitar Bandar Hilir seperti Bangunan Dataran Pahlawan, Stadthuys, St.Paul peak dan Masjid Selat Melaka.

Stadium Kapal...


Syok kan.......!


Pastikan lokasi ini adalah sebahagian tempat yang akan kunjungi!

Kemaskini Galeri

Imej di bawah adalah gambar-gambar terkini Baiduri Melaka Homestay Bukit Katil.

Klik imej untuk paparan lebih besar

Imej ini juga berada di ruangan Galeri.

Tuesday, 17 September 2013

Ada apa dengan peta?

Apabila anda menerima kad jemputan kenduri kahwin, selain daripada melihat tarikh dan alamat sudah semestinya anda akan melihat peta untuk mengetahui jalan ke lokasi kenduri tersebut. Peta yang mudah difahami dan jelas adalah sangat penting supaya dapat sampai ke destinasi yang dituju.

Begitu juga kami, peta adalah sangat penting untuk pelanggan yang ingin datang ke homestay kami. Selain daripada peta Google disini, kami juga menyediakan peta yang lebih mudah untuk rujukan pelanggan. Peta tersebut adalah seperti di bawah. Ia juga ada di laman Peta & Arah Jalan.

Peta ke Baiduri Homestay Bukit Katil, Melaka
(klik imej untuk paparan lebih besar)

Jika ada kenduri kahwin sanak saudara / rakan taulan di Melaka, homestay kami menunggu kedatangan anda.

Thursday, 12 September 2013

Kalendar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mulai hari ini blog ini telah meletakkan kalendar untuk memudahkan para pelanggan merujuk status bilik pada tarikh yang ingin dipilih. Kalendar boleh dirujuk pada sebelah kanan blog (sidebar) atau untuk kalendar yang lebih besar pada laman TEMPAHAN.

Kalendar ini memaparkan 2 acara iaitu status bilik bagi homestay kami (warna MERAH) dan juga acara bagi negara kita Malaysia (warna BIRU) supaya mudah untuk pelanggan merancang tarikh yang ingin dipilih.

Semoga para pelanggan kami lebih mudah untuk merancang percutian dengan penggunaan kalendar ini dan kami menanti kedatangan anda.

Rancang perjalanan dengan teliti :)

Sunday, 8 September 2013

Menziarahi keluarga/saudara/sahabat di Hospital Pantai Ayer Keroh...

...dan perlu berulang-alik dalam jarak yang jauh?

Dengan harga yang berpatutan dan jarak yang dekat dengan Hospital Pantai Ayer Keroh, Baiduri Melaka Homestay Bukit Katil adalah pilihan yang tepat untuk berehat.


PROMOSI SEMPENA HARI MALAYSIA
Sempena 16 September yang bakal hadir dan pelancaran homestay, kami menawarkan pakej 3 hari 2 malam hanya dengan bayaran RM200 sahaja. Pakej ini berakhir pada 30 September 2013.
Sebarang tempahan boleh dibuat secara terus melalui Call / SMS / Whatsapp ke:
     013 - 397 1830 (Aizal - utama)
     013 - 350 1830 (Liza)

Semoga kehadiran anda akan memberikan semangat kepada keluarga/saudara/sahabat yang diziarahi.

Kami menanti kedatangan anda ke homestay kami.

---

Peta ke Hospital Ayer Keroh dari BMH, Bukit Katil



Hospital Pantai Ayer Keroh