Showing posts with label osim. Show all posts
Showing posts with label osim. Show all posts

Monday, 14 April 2014

Ada apa dengan Baiduri Homestay Bukit Katil Melaka?

Monday blues..

Hari ni jem teruk di Kuala Lumpur.. jam 7 pagi jem dah panjang dari Serdang ke tol Sungai Besi.. 
Mari melapangkan diri daripada  kesibukan dan masalah catuan air di Kuala Lumpur..

Disenaraikan tempat-tempat yang menjadi keutamaan di sekitar Baiduri Homestay Bukit Katil Melaka.

- Berhampiran dengan Dewan Tun Ali yang pastinya menjadi tempat untuk majlis perkahwinan sanak 
  saudara.
-Jabatan Pengangkutan Jalan Raya- Mungkin ada peserta yang terpilih untuk datang berkursus.
-Sekolah Kebangsaan Demang Hussin, Sekolah Menengah Bukit Katil, Sekolah Vokasional Bukit 
 Katil-Ada yang nak daftar diri untuk bertugas atau hantar anak mendaftar di sini.
-Bayou Lagoon Resort - Pusat mini rekreasi air sesuai untuk anak-anak kecil anda.
-Dewan Seri Negeri Melaka -Antara tempat konvokesyen meraikan kejayaan pelajar kolej di sekitar 
 Negeri Melaka. 
-MITC- pusat pentadbiran negeri dan antara tempat shopping di melaka. 
-Taman Seribu Bunga - Lokasi menarik untuk pakej hari konvokesyen dan perkahwinan anda!

Jom Melaka.. Tahun Melawat Malaysia 2014..

Thursday, 19 September 2013

Pemandangan Melaka dari 360 darjah

Menara Taming Sari - The only Rotating Tower In Malaysia!

Jika sampai ke Melaka, rugi rasanya jika tidak lawati kesemua tempat yang menarik di sekitar Melaka. Entry kali ni adalah mengenai Menara Taming Sari yang terletak di Jalan Merdeka, Banda Hilir, 75000 Melaka.

Tiket berharga RM 10 untuk dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak. Jika bukan waktu cuti sekolah, tidaklah terlalu panjang beratur untuk mendapatkan tiket ni.

Pengunjung perlu menunggu giliran masing-masing sebelum naik ke manara ini....


Apabila dah sampai giliran, pengunjung akan masuk ke dalam menara dan akan menikmati pemandangan mengikut aras ketinggian...


Antara pemandangan yang akan dinikmati oleh pengunjung.....ialah pemandangan laut Selat Melaka, 

Pemandangan sekitar Bandar Hilir seperti Bangunan Dataran Pahlawan, Stadthuys, St.Paul peak dan Masjid Selat Melaka.

Stadium Kapal...


Syok kan.......!


Pastikan lokasi ini adalah sebahagian tempat yang akan kunjungi!

Kemaskini Galeri

Imej di bawah adalah gambar-gambar terkini Baiduri Melaka Homestay Bukit Katil.

Klik imej untuk paparan lebih besar

Imej ini juga berada di ruangan Galeri.

Tuesday, 17 September 2013

Ada apa dengan peta?

Apabila anda menerima kad jemputan kenduri kahwin, selain daripada melihat tarikh dan alamat sudah semestinya anda akan melihat peta untuk mengetahui jalan ke lokasi kenduri tersebut. Peta yang mudah difahami dan jelas adalah sangat penting supaya dapat sampai ke destinasi yang dituju.

Begitu juga kami, peta adalah sangat penting untuk pelanggan yang ingin datang ke homestay kami. Selain daripada peta Google disini, kami juga menyediakan peta yang lebih mudah untuk rujukan pelanggan. Peta tersebut adalah seperti di bawah. Ia juga ada di laman Peta & Arah Jalan.

Peta ke Baiduri Homestay Bukit Katil, Melaka
(klik imej untuk paparan lebih besar)

Jika ada kenduri kahwin sanak saudara / rakan taulan di Melaka, homestay kami menunggu kedatangan anda.

Monday, 9 September 2013

Penat berjalan sehingga lenguh kaki?

Alangkah seronoknya bila dapat mengurut kaki yang lenguh akibat seharian berjalan-jalan sekitar Melaka. Pasti perasaan ketika kaki diurut sangat menyegarkan tambahan pula jika mempunyai mesin urut yang boleh digunakan dalam keadaan selesa dan tenang umpama di rumah sendiri.
 
Jangan gusar, homestay kami mempunyai kemudahan seperti yang disebut di atas. Kami mempunyai OSIM uSqueez Warm, mesin pengurut kaki yang berkualiti dan mudah digunakan.

Mesin pengurut kaki OSIM uSqueez Warm. Sedia mengurut kaki yang keletihan.

Hanya hidupkan mesin ini, tekan opsyen mengikut kesesuaian dan nikmatinya dalam keadaan selesa.



------

* Penggunaan mesin ini adalah hanya kepada pelanggan yang tidak mempunyai masalah kesihatan,contoh: kaki yang tidak patah, tidak lebam, tidak retak atau tidak mempunyai masalah tulang (osteoporosis) kerana penggunaan mesin ini adalah atas tanggungjawab sendiri.