Wednesday, 16 April 2014

Lokasi Menarik Melaka # 2: Bayou Lagoon Bukit Katil Melaka

As salam..

Jika Sunway Lagoon terletak di Selangor... maka bayou Lagoon terletak di Bukit Katil Melaka...
Lokasi yang menarik untuk membawa anak-anak bermandi manda. Tiada kesibukan orang ramai dan tentunya anak-anak seronok dan riang bermain disini..

Baiduri Homestay Bukit Katil Melaka hanya terletak tidak kurang daripada 2 minit daripada Bayou Lagoon... Boleh memuatkan 3-4 keluarga dalam satu2 masa dengan harga yang sangat-sangat berpatutan...


Jom ramai-ramai ke Bukit Katil Melaka...

Monday, 14 April 2014

Ada apa dengan Baiduri Homestay Bukit Katil Melaka?

Monday blues..

Hari ni jem teruk di Kuala Lumpur.. jam 7 pagi jem dah panjang dari Serdang ke tol Sungai Besi.. 
Mari melapangkan diri daripada  kesibukan dan masalah catuan air di Kuala Lumpur..

Disenaraikan tempat-tempat yang menjadi keutamaan di sekitar Baiduri Homestay Bukit Katil Melaka.

- Berhampiran dengan Dewan Tun Ali yang pastinya menjadi tempat untuk majlis perkahwinan sanak 
  saudara.
-Jabatan Pengangkutan Jalan Raya- Mungkin ada peserta yang terpilih untuk datang berkursus.
-Sekolah Kebangsaan Demang Hussin, Sekolah Menengah Bukit Katil, Sekolah Vokasional Bukit 
 Katil-Ada yang nak daftar diri untuk bertugas atau hantar anak mendaftar di sini.
-Bayou Lagoon Resort - Pusat mini rekreasi air sesuai untuk anak-anak kecil anda.
-Dewan Seri Negeri Melaka -Antara tempat konvokesyen meraikan kejayaan pelajar kolej di sekitar 
 Negeri Melaka. 
-MITC- pusat pentadbiran negeri dan antara tempat shopping di melaka. 
-Taman Seribu Bunga - Lokasi menarik untuk pakej hari konvokesyen dan perkahwinan anda!

Jom Melaka.. Tahun Melawat Malaysia 2014..

Thursday, 2 January 2014

Bermula hari persekolahan

Murid berhimpun (gambar dari Kosmo! Online)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Bangun awal pagi ini? Anak-anak buat perangai atau tidak? Bagaimana keadaan jalan raya di bandar? Sesak? Persoalan begini mempunyai pelbagai jawapan dan cerita tersendiri. Seperti salah seorang rakan pejabat saya, anak tidak ke sekolah kerana beliau sendiri bangun lambat akibat loceng jam tidak berbunyi. Pelbagai ragam lagi mungkin berlaku. Yang hangat pada hari ini yang saya terima melalui Whatsapp (mungkin anda juga terima) adalah murid yang tersangkut kepala di kerusi. Ada dua gambar yang saya terima seorang murid perempuan dan seorang lagi lelaki.

Kasihan juga melihat murid tersebut terutama yang perempuan kerana menangis. Yang lelaki rileks je. Tenang seperti tiada apa berlaku. Kita doakan supaya tidak menjadi trauma dan masih mahu meneruskan persekolahan pada esok hari.

Begitulah antara ragam anak-anak yang mula masuk persekolahan. Anda pula bagaimana? Kami di Baiduri Homestay mendoakan agar anak-anak anda semua menjadi murid yang baik dan berjaya.

p/s: Saya tidak mahu meletakkan gambar-gambar yang saya terima kerana tidak mahu memalukan murid-murid tersebut.

Tuesday, 24 December 2013

GALERI DIKEMASKINI

Para pelanggan yang dihormati, kami kini telah mengemaskini gambar homestay kami. Sila lawati bahagian Galeri untuk melihat gambar terkini kemudahan yang kami sediakan.

Ruang tamu Baiduri Homestay

Monday, 25 November 2013

LOKASI MENARIK MELAKA #1: TAMAN RAMA-RAMA DAN REPTILIA MELAKA

Jika ingin melawat Melaka bersama keluarga, sudah pasti antara tempat tumpuan adalah di Ayer Keroh dan Banda Hilir. Terdapat pelbagai lokasi menarik di kedua-dua tempat tersebut. Entri kali ini kami ingin mulakan dengan lokasi menarik pertama yang anda mula-mula jumpa setelah keluar daripada tol Ayer Keroh iaitu Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka (TRRR).

Terletak paling hampir dengan tol, TRRR adalah lokasi yang anda boleh rancang untuk terus singgah ketika tiba di Melaka atau yang terakhir sebelum meninggalkan Melaka. Taman ini mempunyai pelbagai jenis rama-rama dan reptilia dari ular hinggalah ke buaya.

Lokasi Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka

Harga tiket untuk masuk ke TRRR seperti jadual berikut:

Sumber
Untuk maklumat selanjutnya boleh lawati laman web rasmi TRRR di http://www.butterflyreptile.com

Jangan lupa hubungi kami (di bahagian kanan blog) untuk tempahan homestay yang tidak jauh daripada Ayer Keroh dan TRRR.

Pintu masuk TRRR. Sumber: Dexxy




Monday, 18 November 2013

Cuti Sekolah Bermula

Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Jika jalan di Kuala Lumpur sering sesak, di waktu ini dah mula lengang. Jika Zoo Melaka sunyi di hari Isnin, di waktu ini sudah mula penuh. Jika ibu bapa sering bangun awal untuk hantar anak ke sekolah, di waktu ini boleh sambung tidur sebentar sebelum ke pejabat. Ini semua disebabkan cuti sekolah. Ya, CUTIIIIIIIII!!!!


Imej Upin Ipin adalah hakcipta Les Copaque

Seperti biasa Melaka akan penuh dengan bas berwarna oren yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia untuk berjalan-jalan membawa murid-murid sekolah ke zoo, taman buaya dan sebagainya. Ibu bapa pula membawa anak-anak ke Banda Hilir, muzium-muzium dan Menara Taming Sari untuk memenuhi jadual keluarga.

Sudah pasti satu hari sahaja tidak cukup untuk pergi ke lokasi-lokasi menarik di Melaka. Perlu ada penginapan untuk rehat sementara mengatur strategi untuk melawat ke lokasi lain pula.

Baiduri Homestay adalah pilihan yang tepat untuk seisi keluarga anda menginap di Melaka sempena cuti sekolah dengan kadar harga yang berpatutan, pilihan 3 atau 4 bilik dan juga kemudahan memasak yang disediakan.

Kadar harga dan tempahan ada di bahagian kanan blog ini. Sila hubungi kami dengan segera untuk membuat tempahan :). Kami menunggu kehadiran anda.